Dato' Sri Mustapa Mohamed (lahir 25 September 1950) atau lebih dikenali sebagai Tok Pa merupakan Ahli Parlimen Jeli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Ayer Lanas dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) pada 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021 dalam Kabinet Muhyiddin Yassin. Kemudian bersambung dalam Kabinet Ismail Sabri, bermula 30 Ogos 2021 lalu.