Mohd Rafizi bin Ramli (lahir 14 September 1977) adalah timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat terkini selepas memenangi Pemilihan Keadilan 2022. Sebelum ini beliau menjawat jawatan setiausaha agung, naib presiden dann juga pengarah strategi PKR lalu pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan parlimen Pandan, Selangor dari 2013 hingga 2018. Beliau juga menubuhkan syarikat pertubuhan bukan keuntungan Malaysia yang dinamakan Invoke Malaysia (INVOKE) pada 2016 yang berpusat di Sungai Besi. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk kempen politik bagi mengkaji analisis politik dan statistik politik yang berada di Malaysia.